Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum..
saya copy dari sini.. utk muslimah2 sekalian. silalah ambil perhatian....=)
WAJIB DIBACA! kepadasesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!
Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAUlebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...
Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapahal ini boleh terjadi??
Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orangPerempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetujudengan pandangan saya ini)
Contohnya saya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:
"alaa...itu soalan mudah jee..bila datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang mereka belajar sejak mula-mula'bergelar wanita' dulu"
Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa...
Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.
Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yangluas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.
Dalam BAB TIGA :" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:
Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asarsebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.
"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar,maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solatZohor juga perlu diqadha sama?- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnyasudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama :-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.
Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2)cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan saya ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yangberkaitan dengan diri mereka sendiri!!!
TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!Salam Sayang dari Saya Kepada Semua Kaum Muslimat
( AMIRUL AMIN )
Firman Allah SWT:
Firman Allah SWT:
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia, Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan Yang berhak disembah oleh sekalian manusia, dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, dari kalangan jin dan manusia.”” (Surah An-Nas: 1-6)

Tuesday, July 12, 2011
A.SAMAD SAID DAN BUDAYAWAN HARAPAN
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
saya ingin berkongsi tetang seorang budayawan negara yang sanggup bersama rakyat disamping dihuraikan tentang pentingnya ruang ketiga...saya ambil daripada facebook kawan saya tag saya..=)
UNGGUN BERSIH memanaskan lagi keresahan pihak kerajaan bila A. Samad Said mendeklamasikan sajaknya tatkala bahang Bersih 2.0 meresap kedalam pembuluh darah rakyat Malaysia. Kelantangan sasterawan negara itu sebagai satu role model dalam menggambarkan sikap sebenar seorang Budayawan Negara.
Budayawan bukan untuk pemerintah bahkan untuk rakyat. Budayawan yang bukan mudah dijual beli oleh sang pemerintah. Mereka punya jati diri yang benar dalam memandu masyarakat agar celik mata hati dalam menilai kezaliman atau keadilan,baik pemerintah atau pembangkang.
Tindakan A. Samad Said wajar dijadikan teladan bagi masyarakat. Tanpa berpihak mana-mana parti politik, beliau lantang membangkang pemerintah yang zalim menindas hak asasi rakyat. Suara beliau menjadi perhatian, tindakan beliau dijadikan rujukan untuk masyarakat Malaysia. Inilah kualiti sebenar Budayawan Harapan Masyarakat.
RUANG KETIGA
Sebuah negara bukan hak milik kerajaan pemerintah bahkan hak milik rakyat. Kuasa rakyat mampu mengubah sebuah bentuk negara dalam membawa halatuju pembinaan sebuah tamadun bangsa. Selain golongan pemerintah atau pembangkang, negara perlu dihuni oleh golongan penulis, seniman, budayawan, intelektual, ulama’, aktivis masyarakat.
Inilah ruang ketiga yang saya maksudkan. Golongan yang dimaksudkan sebagai Ulul albab atau intelektual, rausyanfikir & budayawan dalam masyarakat. Ruang ketiga untuk golongan yang bukan saja memiliki pengetahuan yang tinggi tetapi memunyai keupayaan untuk menelaah permasalahan masyarakatnya serta mencadangkan saranan-saranan pembaikan seperti mana yang dikupas olehBreten Breytenbach dalam bukunya, Memory of Birds in a Time of Revolution.[i]
MINDA TERTAWAN
Namun hari ini cukup menyedihkan, ruang ketiga ini tidak dibuka oleh sang penguasa. Golongan Intelektual dikunci mulutnya agar terus mengiyakan sang penguasa. Rakyat terus rugi, negara terus mundur kerana pembangunan pemikiran dan modal insan diketepikan. Julien Benda berkata fenomena ini sebagai satu sebagai pengkhianatan kaum intelektual (traison d’clercs ).
Raja Ahmad Aminullah dalam bukunya Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir Dan Kuasa juga menyentuh soal pendidikan negara dengan kaitan minda penjara golongan universiti.
“ Universiti kita menjadi semacam kilang kerana sebagai masyarakat yang baru membangun, kita harus lebih mementingkan penyediaan prasarana serta tenaga kerja untuk mengisi keperluan revolusi industriy versi Malaysia. Pendidikan dilihat sebagai cara untuk melatih technician dan teknokrat untuk menjalankan mesin-mesin besar menggerakkan projek-projek pembinaan lebuhraya dan infrastrukur yang lain, menara-menara tinggi dan kilang-kilang yang terdapat dikawasan-kawasan separuh urban dan luar Bandar seperti di Tasek, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Sungai Petani, Kulim, Johor Bharu, Melaka dan Shah Alam.
Oleh itu, proses pencarian ilmu telah menjelma menjadi proses percetakan graduan dan sijil. Malah rasa hormat pada ilmu juga tidak dirasakan dalam masyarakat kita. Pensyarah maupun guru tidak lagi dianggap sebagai orang-orang terhormat apatah lagi menjadi ikon. Ditengah-tengah arus ini kita melihat penghormatan yang berlebihan pada mereka yang menunjukkan kejayaan material atau kebendaan. Yang diidolakan adalah mereka yang mempamerkan kereta-kereta mewah, berpakaian jenama dan memperlihatkan gaya hidup berkelas tinggi.’
Rakyat juga dimomokkan dengan hasutan dan ugutan bertubi-tubi apabila mahu bersuara, maka penggubalan akta-akta yang mencengkam kebebasan bersuara rakyat selaku penghuni sebuah negara seperti ISA, AUKU, Akta Hasutan, Akta Kawalan Media dan sebagainya sebagai tanda bukti sang penguasa takutkan KUASA RAKYAT yang mahukan perubahan.
Maka lahirlah golongan intelektual yang lesu. Bukan tiada idea tetapi bisu untuk menyatakan kebenaran. Sindrom berlaku dalam kalangan ahli akademik yang menjadi virus kini sebagai contoh virus‘Please, Don’t Quote Me’. Sesetengah dari mereka juga lantang mengkritik isu antarabangsa namun takut untuk mengkritik negara sendiri yang diistilahkan oleh Prof. Syed Hussein Al-Attas sebagaiImitative Mentality (mentaliti orang-orang yang dahagakan pengiktirafan daripada luar atau dunia barat, tapi tidak mempunyai idea atau keberanian untuk mempertahankan idea sendiri). Maka lahirlah golongan intelektual yang bermain dalam hal-hal bersifat mikro, dalam permasalah furu’ yang sewajarnya umat Islam berselisih pandangan sehingga memecahbelahkan perpaduan ummah.
Disini timbulnya persoalan, kemana hilangnya ketajaman pemikiran & keilmuan golongan intelektual sekiranya tunduk kepada pemerintah. Imam Ahmad bin hanbal dipenjara kerana berkata benar kepada penguasa. Syeikh Tahir Jalaludin dalam membawa pemikiran idea Jamaludin Al-Afghani ke Malaysia dicemuh hebat baik sang penjajah maupun masyarakat sewaktu ketika dulu.
HALATUJU INTELEKTUAL @ BUDAYAWAN
Dalam ketidakupayaan dunia inteletual Muslim menghadapi cabaran. Dr. Karim Crow mengemukakan faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku iaitu Pertama; dibuai oleh suasana zon selesa danKedua; rasa ketidakberdayaan yang self induced terutamanya apabila bedepan dengan kekuasaan. Justeru itu, Muhammad Natsir, seorang cendekiawan & tokoh pemimpin Indonesia merumuskan bahawa golongan intelektual mempunyai tanggungjawab besar (nobles oblinge) dalam mengembalikan kehebatan intelektual Muslim. Golongan ini perlu mengubah persepsi masyarakat yang anti-keilmuan dan penularan hedonism yang menjadi makanan santapan rohani para remaja. Ilmuan masih lagi tidak menjadi ikon masyarakat.
Amanah ini bukan ringan bahkan berat, golongan intelektual bukan hanya sekadar menggilap idealism intelektual bahkan komitmen & ketahanan mereka untuk terus berkata benar baik pemerintah maupun pembangkang ditagihkan dengan bayaran pengorbanan. Edward Said menyifatkan sebagai Intelektual Independen.
MEDAN PRAKTIKAL
Akhir sekali, ruang ketiga harus dibuka seluasnya untuk golongan ini. Namun, mereka bukan hanya sekadar berteori dalam wacana, seminar dan bilik kuliah bahkan merekalah yang berada dibarisan hadapan membela nasib rakyat dimedan praktikal.
Saya cukup mengkagumi A. Samad Said dengan semangatnya untuk bersama rakyat dalam Bersih 2.0.Unggun Bersih beliau jelmakan dalam tindakan!.
[i] Raja Ahmad Aminullah (2011).Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa, SIRD, Petaling Jaya.
Perkongsian dari: http://mujahidmuda90.blogspot.com

Thursday, July 7, 2011
berpurdah untuk elak gangguan seksual
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Jom saya nak kongsi pasal purdah lagi.. hehe
daripada kak chik... ni pendapat dia lah...

Assalamualaikum..
Jom saya nak kongsi pasal purdah lagi.. hehe
daripada kak chik... ni pendapat dia lah...

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Teman-teman semua terutama yang memakai niqab/purdah, tentu ada yang melalui pengalaman ini kan? Maksud kakchik, pengalaman seperti tajuk di atas tu. Malam ni kakchik terpanggil untuk menulis tentang topik ini selepas ada di kalangan teman-teman yang memberitahu bahawa mereka berpurdah kerana mahu menjaga diri dari gangguan seksual. Purdah menjadi benteng diri mereka kerana memakai jubah dan bertudung labuh bukan lagi jaminan diri mereka dari diganggu.
Di zaman ini sebahagian besar wanita termasuk wanita Islam, berfesyen ikut sedap nafsu. Kalau dilihat di mana-mana saja, pakaian mereka banyak bercirikan seksi, menggoda, menggiurkan dan menguji iman lelaki bahkan iman kaum wanita sendiri. Kalau tidak masakan boleh berlaku hubungan terlarang kan? Seluar ketat, baju ketat, tapi bertudung. Baju lengan pendek, ketat pulak tu, seluarnya juga sendat tapi pakai tudung. Baju kain jarang, tak pakai kain dalam, pakai coli tali halus dan bertudung. Hmm... semuanya tak kena.
Seorang teman mengadu hal tentang rakan sekerja lelaki yang sering saja mengganggunya dengan pelbagai pujian, cerita berbau lucah, kata-kata yang memalukan untuk didengar bahkan sanggup berterus-terang tentang fantasi seksualnya dengan teman kakchik itu. Astaghfirullahalaziim... gejolak nafsu seks yang buas kalau tidak dikawal dengan iman memang siapa pun dia tak kira hinggakan sanggup mengganggu seorang muslimah yang berjubah, bertudung labuh dan telah bersuami!
Seorang sahabat pula meminta pertolongan agar kakchik mendoakan dirinya kuat untuk memakai purdah, melindungi wajahnya dari pandangan mata lelaki miang yang saban hari mengganggunya di pejabat. Hidupnya menjadi sukar dan tertekan dengan perlakuan lelaki tersebut yang sering menghantar mesej lucah mengaitkan wajahnya dan fantasi seks. Terkedu kakchik dibuatnya. Kasihan adik itu yang kakchik kenali sebagai seorang muslimah yang begitu menjaga muamalahnya dengan bukan mahram.
Itu dua kes yang sampai ke pengetahuan kakchik dan kakchik rasa sahabat-sahabat kakchik itu mengambil keputusan untuk menutup wajah mereka dari pandangan umum kerana gangguan-gangguan seksual yang menekan hidup mereka. Kini hidup mereka lebih tenang walaupun si pengacau masih bebas sementelah bekerja di bawah satu bumbung. Khabarnya selepas berpurdah, mereka lebih berani bertegas dengan lelaki-lelaki tersebut yang begitu mengalah dengan nafsu mereka.
Bila kakchik amati pengalaman yang dilalui oleh teman-teman kakchik, teringat pengalaman sendiri satu ketika dulu sebelum kakchik mempunyai kereta. Ketika itu kakchik sudah pun berpurdah. Pulang dari kerja perlu menaiki 2 buah bas dan biasanya kakchik akan naik bas jam 6 petang atau 6.30 petang kerana dari perpustakaan ke KB pun agak lama menunggu bas walaupun habis kerja jam 5.00 petang. Pengalaman di dalam bas sering saja membuatkan kakchik menangis bila sampai di rumah. Pada waktu itu amat tidak sabar untuk punya kenderaan sendiri.
Alhamdulillah bukan kakchik yang diganggu tapi gadis-gadis lain yang berpakaian terdedah sana-sini yang sama-sama menaiki bas dengan kakchik. Tak sanggup lagi untuk setiap hari menjadi penonton kepada pelbagai gangguan seksual. Masa tu rasanya tidaklah seteruk sekarang. Orang rosak akhlak ketika itu belum berani menyebut yang lucah-lucah secara terbuka tidak seperti orang sekarang yang terer internet dan facebook. Oleh kerana kakchik sendirian, maka ketika itu kakchik hanya berdiam diri, takut diapa-apakan jika membantu gadis-gadis tersebut. Masalahnya, ada juga gadis yang suka dengan gangguan begitu. Miang!
Tapi hari ni ada masalah baru pulak, wanita berpurdah turut mendapat gangguan seksual. Mungkin itulah bahananya bila makin banyak gambar wanita berpurdah dalam pose yang menggoda diletakkan di laman-laman sosial hinggakan terpalit habis kesan perbuatan itu kepada pemakai-pemakai purdah yang 'innocent'. Tolonglah sama-sama jaga adab sopan kita agar kita tidak menjadi penyebab kepada gangguan seksual ke atas kawan-kawan munaqabat yang lain.
Allahua'lam.
Kak Cik@keluargaku sayang
http://keluargakusayang.blogspot.com/
BERSIH 2.0. Bagaimana ia dikatakan HARUS
Bismillahirrahnirrahim..
assalamualaikum..
saya sangat tertarik dengan kritikan seorang hamba Allah ini.. jadinya saya ingat nak kongsi dengan semualah.. sila2 lah baca..=)
Makluman awal: Tulisan ini adalah daripada fathifawwaz@ yahoo.com
yang saya kongsikan buat anda sekalian di laman group PMMM ini.
Seorang Professor daripada sebuah universiti memberi amaran dengan katanya: “Sebelum anda menyertai
Himpunan Bersih, lihat terlebih dahulu siapa ketuanya. Ketuanya adalah seorang
Hindu, sudahlah Hindu, dia juga merupakan penyokong kuat kepada ideologi kesamarataan
agama”.
Itu dia amaran daripada seorang professor. Tak sangka ramai juga rupanya profesor-profesor kangkung di Malaysia.
Saya ingin menjelaskan dengan tegas di sini bahawa, andainya ditakdirkan Abu Jahal yang
digelar sebagai Firaun Umat Nabi Muhammad sekalipun mengetuai Himpunan Bersih, itu tidak menjadi masalah kepada orang Islam untuk menyertainya.
Ya, saya ulangi, andainya Abu Jahal sekalipun yang memimpin Himpunan Bersih, itu tidak menjadi masalah untuk disertai.
Ada baca cerita dengan Hilful Fudhul?
Zaman Jahiliyyah dulu sebelum Nabi diutuskan, berlaku Hilful Fudhul, satu himpunan kaum untuk menyatakan kata sepakat menuntut semua kaum untuk menjaga kebajikan tetamu yang bertandang ke Makkah. Tiada kezaliman boleh dilakukan terhadap mana-mana individu yang datang menziarahi kaabah. Mana-mana kaum yang buat kacau maka kaum itu layak diambil tindakan oleh kaum lain.
Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pada zaman mudanya menyertai himpunan tersebut. Setelah diutuskan sebagai seorang rasul, Nabi dengan banggannya mengatakan:
شَهِدْتُ حِلْفَ
بَنِي هَاشِمٍ ، وَزَهْرَةَ ، وَتَيْمٍ ، فَمَا يَسُرُّنِي أَنِّي نَقَضْتُهُ
وَلِيَ حُمْرُ النَّعَمِ ، وَلَوْ دُعِيتُ بِهِ الْيَوْمَ لأَجَبْتُ عَلَى أَنْ نَأْمُرَ بِالْمَعْرُوفِ ، وَنَنْهَى عَنِ الْمُنْكَرِ وَنَأْخُذَ
لِلْمَظْلُومِ مِنَ الظَّالِمِ
Maknanya:
Kalau Nabi diajak menyertai himpunan tersebut setelah Islam datang pun Nabi akan pergi.
Soalnya, siapa yang ada dalam himpunan di Mekkah tersebut??? Mereka yang ada di Mekkah menyertai himpunan tersebut termasuklah Abu Jahal, Abu Lahab, dan segala bangsawan Quraish yang berada di Mekkah yang menentang Islam kemudiannya.
Nabi sanggup pergi? Ya Nabi sanggup walau dalam himpunan tersebut ada Abu Jahal dan segala kepala-kepala puak Quraish yang lain.
Takder hal langsung bro. Nabi pandai membezakan keadaan. Letakkan sesuatu isu di tempatnya. Ketika berhadapan dengan isu yang menjejaskan Islam, mereka adalah musuh. Tetapi ketika berhadapan dengan isu kebajikan tetamu yang bertandang ke Makkah, maka mereka adalah rakan.
Lihat bagaimana Nabi seorang yang cerdik dapat membezakan sesuatu perkara mengikut tajuk dan isu mengikut tempat. Bukan semberono bermusuhan tanpa tahu tajuk dan tempat.
Itu beza antara orang yang jahil dengan orang yang cerdik.
Orang jahil ni, dia melihat semua perkara sama. Dia tak mampu membezakan masalah mengikut tajuk. Pendek kata tak profesional langsung.
Orang cerdik pula, dia melihat sesuatu perkara itu mengikut keadaan dan tempat. Tidak semua sama. Dan dia mampu membezakan perkara mengikut tajuk. Pendek kata dia profesional.
Tapi sayangnya di Malaysia, status dah tahap profesor, tapi gagal membezakan masalah mengikut tajuk.
Apa sebenarnya isu dalam soal himpunan bersih ini??? Isunya adalah tuntutan berkenaan pilihan raya. Yang pergi campur aduk pasal islam dengan kafirlah, pasal orang melayu berpecahlah, pasal komunislah apa kejadahnya?? ?
Soalnya adalah pilihan raya. Tajuk yang perlu dibincangkan adalah tajuk tentang pilihan raya. Sejauh mana bersihnya sistem pilihan raya di Malaysia?
Ada orang berkata pilihan raya dah bersih dah pun, pembangkang dah menang 5 buah negeri lagi pilihan raya umum lepas.
Soalnya, kalau anda yakin pilihan raya dah bersih sekalipun, kenapa anda begitu takut dengan himpunan dan tuntutan yang dibuat tersebut? Sampai baju kuning pun nak diharamkan apa kes?
Orang yang tak bersalah, biasanya tak takut, orang yang bersalah jer biasa yang gabra. Ni siapa yang bersalah dan siapa yang tak bersalah ni?
MASALAH SERATUS PERATUS
Berkata pula seorang ustaz: “Saya tidak menyokong dan tidak akan menyertai Himpunan Bersih sebab himpunan tersebut melibatkan perkara-perkara mungkar. Perempuan tak tutup aurat pun ikut perhimpunan tu, orang yang tak sembahyang pun ikut, bla bla bla”.
Katanya lagi “Kalau himpunan itu 100 peratus bersih daripada perkara mungkar, dijamin tiada huru-hara, dijamin tiada itu dan ini…ba bla bla, barulah saya akan sokong dan ikut”.
Ada jugak rupanya ustaz yang buat poyo. Ustaz-ustaz macam ni elok dinasihatkan hidup di hutan belantara jer lah senang.
Yalah, tak nak terpalit walau satu dosa pun kan, Pergi duduk kat hutan sorang-soranglah.
Ni adalah contoh masalah mentaliti mereka yang nak jadi malaikat, bukan nak jadi manusia yang baik.
Maslahah yang besar, lebih diutamakan daripada maslahah yang kecil. Mana besar antara maslahah untuk umat dan negara dengan maslahah untuk diri sendiri?
Sedangkan dalam muamalat pun, ulama mengharuskan apa yang dipanggil sebagai “gharar yasir” atau kalau diterjemahkan sebagai penipuan yang sedikit yang berlaku dalam jual beli yang susah nak dielakkan.
Contoh 1:
Anda beli buah-buahan seperti durian mengikut kilo, anda beli kulit atau beli isi? Tentunya anda membeli isi yang boleh dimakan, tapi anda membayar harga termasuk harga kulit yang langsung tidak anda makan?
Bukankah itu satu penipuan??? Bukankah jual beli yang sah adalah jual beli tanpa penipuan??? Ya jual beli yang sah adalah jual beli yang tiada penipuan, tapi penipuan yang sedikit sebegitu dimaafkan.
Contoh 2:
Anda masuk Hammam dengan membayar 10 Dirham. Anda mempunyai hak untuk mandi menggunakan sebanyak mana liter air sekalipun, untuk berada beberapa jam sekalipun dalam Hammam tersebut. Orang lain yang hanya mandi beberapa ketika dan terus keluar pun turut membayar harga yang sama seperti anda.
Tidakkah ini satu ketidak adilan dan penipuan dalam urus niaga? Bolehkah seorang berkata kepada anda bahawa ini tidak adil dan merugikan tuan punya Hammam. Tidak, ulama mengharuskan hal tersebut.
Contoh 3:
Anda menaiki bas ke bandar dan membayar tambang sebanyak 4 dirham. Jarak rumah anda ke bandar adalah 20 km. Mereka yang menaiki bas tersebut dari jarak 30 km pun turut membayar 4 dirham, juga mereka yang menaikinya dari jarak 5 km sekalipun.
Tidakkah ini merupakan satu penipuan dan ketidak adilan dalam urus niaga? Tetapi hal sebegini dimaafkan oleh ulama kerana termasuk dalam bab Al-gharar Alyasir.
Justeru, kalau ada ustaz yang berkata: “Saya takkan berurus niaga kecuali urus niaga itu 100 peratus bersih daripada sebarang penipuan”, maka saya anggap ustaz begitu hanya memalukan title ustaz yang dipegangnya. “Ek’eleh buat poyo pulak mamat ni” bak kata budak-budak muda.
Saya teringat kepada Abdullah Bin Umar yang menjawab seorang lelaki daripada Iraq yang datang bertanyakan hukum darah nyamuk. Abdullah Bin Umar dengan penuh sindiran terhadanya berkata:
“Kamu sibuk bertanya soal hukum darah nyamuk, tapi darah cucu Nabi yang dibunuh di Iraq tidak pula kamu mahu tanyakan hukum”.
Perumpamaan mudah lainnya adalah orang lain sibuk membincangkan soal kahwin dan bagaimana perkahwinan itu mendatangkan manfaat kepada pemuda dan pemudi, menggalakkan pemuda supaya berkahwin dan sebagainya, tetapi dia sibuk membincangkan soal perkahwinan itu bakal dicampuri kemungkaran seperti bersanding bla bla bla…
“Ana nasihatkan enta jangan kahwin sebab akan ada kemungkaran dalam majlis kahwin nanti, sepupu perempuan enta yang tak pakai tudung tu mesti datang, budak-budak muda kampung yang tak sembahyang pun confirm datang jugak, banyak kemungkaran tu, enta bersubahat sekali. Jadi janganlah kahwin, kalau nak kahwin pun buat senyap-senyap jerlah ataupun kahwin lari”.
Kah kah kah…alangkah tempangnya pemikiran ustaz-ustaz hingusan ini.
AKHIRNYA…
Banyak lagi sebenarnya yang mahu saya ulas setelah membaca dan mengumpul hujah-hujah dangkal yang keluar di dada-dada akhbar, tetapi lain kali sajalah apabila terasa rajin.
Renungkanlah kata-kata Serikandi Islam ini kepada pemuda-pemuda Islam:
قَالَتِ الشِّفَاءُ ابْنَةُ عَبْدِ اللَّهِ،
وَرَأَتْ فِتْيَانًا يَقْصِدُونَ فِي الْمَشْي وَيَتَكَلَّمُونَ رُوَيْدًا،
فَقَالَتْ: مَا هَذَا؟ فَقَالُوا: نُسَّاكٌ، فَقَالَتْ : كَانَ وَاللَّهِ عُمَرُ "إِذَا تَكَلَّمَ أَسْمَعَ، وَإِذَا مَشَى أَسْرَعَ، وَإِذَا
ضَرَبَ أَوْجَعَ، وَهُوَ النَّاسِكُ حَقًّا".
Berkata Syifa’ Binti Abdullah setelah dia melihat pemuda yang berjalan secara lemah dan bercakap secara perlahan dengan katanya siapa mereka ini? Mereka berkata : Kami adalah golongan ahli ibadah. Lalu Syifa’ berkata: “Umar Al-Khattab demi Allah merupakan seorang yang, apabila dia bercakap, tajam sekali ucapannya. Apabila dia berjalan, laju sekali langkahnya, Apabila dia memukul, perit sekali
pukulannya, tetapi dialah yang paling hebat ibadahnya berbanding kalian”.
Itu teguran daripada seorang serikandi Islam pada zaman tersebut kepada pemuda-pemuda Islam yang lembik longlai. Buat malu kaum jer. Buat mereka yang menentang mana-mana himpunan aman yang ingin diadakan oleh mana-mana rakyat Malaysia walau siapapun mereka, maka saya katakan kepada mereka…….
Do or Die,
You’ll never make me,
Because the world will never take my heart,
Go and try,
You’ll never break me,
We want it All,
We want to play this part,
I won’t explain, or say I’m sorry,
I’m unashamed, I’m gonna show my scars
Give a cheer for all the broken,
Listen here, because it’s who we are.
I’m just a man, I’m not a hero,
Just a boy, whose meant to sing this song.
I DON’T CARE!!!!
http://www.youtube. com/watch? v=j0nFTaaVdOg
Sekian, wassalam.
Ahmad Fathi
Bin Muhammad
Jumaat, 29 Rajab
1432 bersamaan 1 Julai 2011
Marrakech,
Maghribi.
fathifawwaz@ yahoo.com
P/s: Maaf kerana tidak dapat menyatakan
sumber ilmiyyah secara terperinci. Hal ini kerana tulisan ini tercetus ketika
sedang santai bersahaja di petang jumaat yang berkat ini.
ini saya peroleh dari pada group rakan masjid. menarikkan???

Join main tekan2!!
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
JOM MAEN TEKAN2..
Pengiraan yg Ajaib
• Masukkn 3 no 1st hp anda tu (bknnye 012,016 @ 019)
ke kalkulator.
• Darab dgn 80
• Tmbh 1
• Darab dgn 250
• Cmpurkn 4 nmbor last hp anda
• Skali lgi cmpurkn 4 nmbor trakhir td
• Tolak 250
• Bhgi dgn 2
Cbe tgk kalkulator,btul x yg trtera tu adlh nmbor hp anda?
Kalo x caye,cbe skli lgi..n_n

Jom sokong!!
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum.
Teman2, YDPA rasminya tlh mengiktiraf himpunan rakyat menuntut Pilihanraya BERSIH dan ADIL ;)
Maka Kami Anak Muda menuntut Polis melakukan 3 perkara di bawah :
1) Pulang semua baju Bersih yang dirampas kepada tuan punya.
2) Bebaskan semua tahanan dan gugurkan tuduhan terhadap mereka
3) Mesti mohon maaf kepada semua yang ditahan, dituduh, dikasari dan sebagainya
letakkan di wall fb anda sbg tanda sokongan~

Monday, July 4, 2011
Kenali 9 syuhada Mavi Marmara
KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pada 31 Mei lalu, seramai sembilan sukarelawan dari Turki telah syahid sewaktu dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan kepada saudara seagama di Palestin.
Mereka dibunuh oleh tentera Israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang kapal Turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah penjara yang sungguh besar.
Berikut merupakan senarai syuhada yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan bantuan tersebut sebagaimana laporan laman web Haluan Palestin:
1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turki, berkahwin dan mempunyai enam orang anak.
2. Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai empat cahaya mata.
3. Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai dua orang putera.
4. Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.
5. Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun.
6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.
7. Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai tujuh orang anak.
8. Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun.
9. Furkan Dogan, 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai dua adik beradik.-Harakahdaily
Sunday, July 3, 2011
seni kata putus
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum.
saya copy daripada saifulislam.com .. harap bermanfaat..

“Ustaz, ada perempuan minat dengan saya. Puas saya memberitahunya tetapi dia macam tidak faham-faham,” kata seorang anak muda kepada saya.
Kasihan.
Itulah nasibnya menjadi manusia ada rupa, barangkali.
“Anta cakap macam mana kepada perempuan itu?” saya menyoalnya.
“Saya beritahu dia yang saya belum bersedia untuk memikirkan hal ini. Saya baru sahaja menjejakkan kaki ke universiti, tak mahulah pening-pening kepala fikir tentang cinta,” jawabnya. Sugul.
“Hah, rasanya ustaz boleh agak kenapa perempuan itu tidak faham atau buat-buat tidak faham,” saya ketawa kecil.
“Kenapa ustaz?” anak muda itu seperti kaget dengan reaksi saya.
“Sebab anta masih memberikannya harapan. Perkataan anta menolaknya amat samar dan kesamaran itu diterjemahkan sebagai harapan” saya menambah.
Ya.
Itulah akibat-akibat yang timbul daripada perhubungan yang cuba dibuat di luar ikatan perkahwinan. Benda yang asalnya sudah salah, amat sulit untuk diperbetulkan.
Jika ia sebuah perkahwinan, maka komitmen perkahwinan diikat dengan proses ijab dan kabul, tanda menerima perhubungan itu secara sedar dan penuh tanggungjawab. Segala-galanya harus jelas. Apabila perkahwinan tidak lagi dapat dipertahankan, maka kaedah memutuskan ikatan yang telah dibina oleh ijab kabul itu, turut dilakukan dengan ijab kabul yang jelas juga.
Segalanya jelas.
“Aku terima nikahnya,” kata pengantin lelaki.
Ya, hubungan itu ialah sebuah pernikahan. Maka tanggungjawab, kasih sayang dan segala yang timbul tenggelam dalam perkahwinan itu dikendalikan oleh sebuah sistem bernama pernikahan.
Tetapi jika seorang lelaki dan perempuan itu ‘kawan-kawan dulu’, ‘teman tapi mesra’, ‘lebih hangat daripada biasa’ dan entah apa-apa lagi status rekaan seperti ini, atas dasar apakah garis panduan perhubungan itu mahu diuruskan? Melainkan serabutlah jiwa dan raga manusia yang terbabit dengan perhubungan seperti ini, dan ‘tiada Allah untuk membantu mereka’.
Itu soal menerima.
Soal memutuskan hubungan juga sama.
“Aku ceraikan engkau… dengan talak pertama” kata seorang suami.
Ungkapannya jelas. Bahawa ia bernama sebuah penceraian. Pemisahnya adalah talak. Justeru segala tanggungjawab, batas hubungan dan lain-lain, diuruskan oleh sebuah sistem bernama ‘penceraian’.
Tidak sekali-kali sebuah penceraian dibuat dengan ungkapan yang tidak jelas.
Ungkapan, “engkau tiada lagi di dalam hidupku” atau “mulai hari ini kita sudah tidak lagi boleh bersama” atau “pulanglah engkau ke rumah ibumu dan jangan kembali lagi” atau “engkau dan aku seperti anak panah yang sudah meninggalkan busarnya”, semua itu adalah ungkapan-ungkapan kinayah yang menyusahkan. Ia memerlukan kepada penyiasatan dan padanan contoh bagi mencari maksud apakah sang suami itu menceraikan isterinya, atau apa?
Maka permulaan perkahwinan adalah dengan ikatan yang jelas. Penyudah perkahwinan juga adalah dengan kenyataan yang jelas. Tiada samar-samar di dalamnya.
“Habis, apa yang patut saya buat?” tanya anak muda itu dengan wajah yang sudah agak cerah berbanding sebelumnya.
“Berikan perkataan yang jelas kepada perempuan itu” saya memberikannya cadangan.
“Aku ceraikan dikau?” soalnya sambil ketawa.
“Sudah aku terima nikahnya kah? Cuba anta sebutkan perkataan yang jelas. Ustaz nilaikan” saya menyoalnya pula.
“Saya tidak mahu bercinta dengan awak atau dengan sesiapa. Saya takut Allah. Lupakan saya. Lima tahun akan datang, kalau ada jodoh, adalah. Kalau tiada, pun tak mengapa” katanya, mencontohkan sebuah ‘talak’ untuk perhubungan di luar perkahwinan.
“Err… bahagian pertama lulus. Bahagian kedua, tak perlu” saya mengomen.
“Maksud ustaz?” tanya anak muda itu.
“Sebutkan sahaja yang anta takutkan Allah dan tidak mahu terbabit dengan cinta. Full stop. Bab kalau ada jodoh ke tak ada jodoh tu, tak payah sebut” saya menyambung cerita.
“Tapi macam kejam sangat bunyinya nanti, ustaz” kata anak muda itu.
“Ya, apalah sangat kejam pada menolaknya sekarang, berbanding kejamnya pilihan kalian menyertai kemurkaan Allah!” saya cuba menyudahkan perbualan.
“Hmm… I got the point. Thanks ustaz!” beliau tersenyum. Berfikir barangkali.
“No sweat… Selamat menduda kerana-Nya” saya menghulurkan salam.
“Lepas buku AKU TERIMA NIKAHNYA, tulislah buku AKU CERAIKAN DIKAU pula, ustaz!” katanya.
“Horrornya cadangan anta!” saya ketawa.
“Apalah sangat horror mengajar orang bercerai cara betul, berbanding horror membiarkan kami-kami ini kebingungan dalam kemurkaan Allah!” katanya, meniru ayat saya tadi.
“Amboi, pulang paku buah keras nampak!” saya tersenyum.
“Ustaz juga yang ajar!” jawab beliau, disambut dengan tawa kami semua.
Ya, andai keredhaan Allah yang kalian utamakan, fikir-fikirkanlah mengapa Allah meletakkan jarak pemisah antara kita dan zina seperti Timur dijauhkan dari Barat dengan firman-Nya:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang amat jahat” [al-Israa' 17: 32]Mungkin kerana kurangnya teruna tunggal dan anak dara tunggal sebelum mereka berkahwin, menjadi punca membiaknya ibu tunggal dan bapa tunggal selepas mereka berkahwin.
Bala… bala!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
Subscribe to:
Posts (Atom)