Assalamualaikum..
Jom saya nak kongsi pasal purdah lagi.. hehe
daripada kak chik... ni pendapat dia lah...

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Teman-teman semua terutama yang memakai niqab/purdah, tentu ada yang melalui pengalaman ini kan? Maksud kakchik, pengalaman seperti tajuk di atas tu. Malam ni kakchik terpanggil untuk menulis tentang topik ini selepas ada di kalangan teman-teman yang memberitahu bahawa mereka berpurdah kerana mahu menjaga diri dari gangguan seksual. Purdah menjadi benteng diri mereka kerana memakai jubah dan bertudung labuh bukan lagi jaminan diri mereka dari diganggu.
Di zaman ini sebahagian besar wanita termasuk wanita Islam, berfesyen ikut sedap nafsu. Kalau dilihat di mana-mana saja, pakaian mereka banyak bercirikan seksi, menggoda, menggiurkan dan menguji iman lelaki bahkan iman kaum wanita sendiri. Kalau tidak masakan boleh berlaku hubungan terlarang kan? Seluar ketat, baju ketat, tapi bertudung. Baju lengan pendek, ketat pulak tu, seluarnya juga sendat tapi pakai tudung. Baju kain jarang, tak pakai kain dalam, pakai coli tali halus dan bertudung. Hmm... semuanya tak kena.
Seorang teman mengadu hal tentang rakan sekerja lelaki yang sering saja mengganggunya dengan pelbagai pujian, cerita berbau lucah, kata-kata yang memalukan untuk didengar bahkan sanggup berterus-terang tentang fantasi seksualnya dengan teman kakchik itu. Astaghfirullahalaziim... gejolak nafsu seks yang buas kalau tidak dikawal dengan iman memang siapa pun dia tak kira hinggakan sanggup mengganggu seorang muslimah yang berjubah, bertudung labuh dan telah bersuami!
Seorang sahabat pula meminta pertolongan agar kakchik mendoakan dirinya kuat untuk memakai purdah, melindungi wajahnya dari pandangan mata lelaki miang yang saban hari mengganggunya di pejabat. Hidupnya menjadi sukar dan tertekan dengan perlakuan lelaki tersebut yang sering menghantar mesej lucah mengaitkan wajahnya dan fantasi seks. Terkedu kakchik dibuatnya. Kasihan adik itu yang kakchik kenali sebagai seorang muslimah yang begitu menjaga muamalahnya dengan bukan mahram.
Itu dua kes yang sampai ke pengetahuan kakchik dan kakchik rasa sahabat-sahabat kakchik itu mengambil keputusan untuk menutup wajah mereka dari pandangan umum kerana gangguan-gangguan seksual yang menekan hidup mereka. Kini hidup mereka lebih tenang walaupun si pengacau masih bebas sementelah bekerja di bawah satu bumbung. Khabarnya selepas berpurdah, mereka lebih berani bertegas dengan lelaki-lelaki tersebut yang begitu mengalah dengan nafsu mereka.
Bila kakchik amati pengalaman yang dilalui oleh teman-teman kakchik, teringat pengalaman sendiri satu ketika dulu sebelum kakchik mempunyai kereta. Ketika itu kakchik sudah pun berpurdah. Pulang dari kerja perlu menaiki 2 buah bas dan biasanya kakchik akan naik bas jam 6 petang atau 6.30 petang kerana dari perpustakaan ke KB pun agak lama menunggu bas walaupun habis kerja jam 5.00 petang. Pengalaman di dalam bas sering saja membuatkan kakchik menangis bila sampai di rumah. Pada waktu itu amat tidak sabar untuk punya kenderaan sendiri.
Alhamdulillah bukan kakchik yang diganggu tapi gadis-gadis lain yang berpakaian terdedah sana-sini yang sama-sama menaiki bas dengan kakchik. Tak sanggup lagi untuk setiap hari menjadi penonton kepada pelbagai gangguan seksual. Masa tu rasanya tidaklah seteruk sekarang. Orang rosak akhlak ketika itu belum berani menyebut yang lucah-lucah secara terbuka tidak seperti orang sekarang yang terer internet dan facebook. Oleh kerana kakchik sendirian, maka ketika itu kakchik hanya berdiam diri, takut diapa-apakan jika membantu gadis-gadis tersebut. Masalahnya, ada juga gadis yang suka dengan gangguan begitu. Miang!
Tapi hari ni ada masalah baru pulak, wanita berpurdah turut mendapat gangguan seksual. Mungkin itulah bahananya bila makin banyak gambar wanita berpurdah dalam pose yang menggoda diletakkan di laman-laman sosial hinggakan terpalit habis kesan perbuatan itu kepada pemakai-pemakai purdah yang 'innocent'. Tolonglah sama-sama jaga adab sopan kita agar kita tidak menjadi penyebab kepada gangguan seksual ke atas kawan-kawan munaqabat yang lain.
Allahua'lam.
Kak Cik@keluargaku sayang
http://keluargakusayang.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment