Asas untuk menjadikan Dinar Emas sebagai mata wang dilihat idealistik. Sebab kekacauan adalah melalui sistem asas monetari sedia ada. Termasuk transaksi antara negara yang menggunakan emas sebagai sandaran mata wang dan yang mengapungkan wang. Termasuk juga hari ini, ramai menjadikannya sebagai bentuk pelaburan berbanding sebagai medium pertukaran (yang merupakan matlamat asal terciptanya duit). Lebih-lebih lagi, apabila emas itu hanya disimpan tanpa adanya pelaburan, maka, inilah yang dinamakan kebocoran dalam kitaran busines yang menyebabkan ketidakseimbangan dari sudut teori,
S+T=I+G..
Golongan yang bertindak untuk mengumpul emas sebagai matlamat, secara falsafah dari sudut realiti, digelar sebagai golongan mercantilism, yang hidup sebelum tercetusnya idea ekonomi klasik.
Harus kita menjadikan asas perbincangan ini bersifat realistik dan kontekstual. Termasuk isu perbincangan yang perlu diambil kira adalah situasi sistem semasa. Pelaksanaan dinar emas lebih relevan sekiranya, seluruh dunia belum mempunyai sistem yang sistematik dan jelas tentang asas kewangan. =)
Salam pencerahan.
No comments:
Post a Comment