Firman Allah SWT:

Firman Allah SWT:
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia, Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan Yang berhak disembah oleh sekalian manusia, dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, dari kalangan jin dan manusia.”” (Surah An-Nas: 1-6)

Friday, October 26, 2012


KAMI HANYA SAHABAT TAK LEBIH DARI ITU!

Ana mengeluh dengan tingkah laku suaminya. Ana menuduh Saiful mula mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami. Menurut Ana, keadaan ini disedarinya apabila Saiful mula main kayu tiga dengan rakan sepejabatnya, Seri. 

"Sejak kehadiran perempuan itu dalam kehidupan abang Saiful, saya sering bertengkar dengan suami. Perempuan itulah punca keretakan rumahtangga saya."

Namun apa pula jawapan Saiful?

"Ana sudah melampau. Cemburu buta. Saya dan Seri cuma bersahabat sahaja tak lebih dari itu. Nothing special between us. Sebagai rakan setugas, saya memang tak nafikan saya rasa begitu selesa bila berbincang. Seri mempunyai pandangan yang luas, mudah bekerjasama, pendengar dan penasihat yang baik malah kami juga banyak berkongsi minat yang sama. Itu saja tidak lebih dari itu…" 
Kata Saiful, tenang.

Azhari dan Sara juga mengaku hanya bersahabat. Kebetulan mereka berdua sama-sama exco tertinggi salah sebuah kampus universiti terkemuka. Azhari dan Sara sering berjumpa dalam pelbagai aktiviti dan sering bermesyuarat bersama bagi melancarkan aktiviti kampus. Menurut Sara, Azhari seorang aktivis pelajar yang matang dan baik. Dia bukan hanya menganggapnya sebagai seorang sahabat tetapi juga seorang "abang". Setiap masalah dibincangkan bersama dan sentiasa nasihat-menasihati antara satu sama lain. Kalau tak berpeluang bertemu mereka akan berhubung melalui telefon bimbit masing-masing. Ketika rakan-rakan sekuliah bertanya tentang keintiman hubungan mereka berdua, Azhari dan Sara dengan selamba mengatakan mereka cuma bersahabat. 

"Betul, kami tak ada apa-apa hubungan lain……"                                                                                                                
Saiful dan Seri, Azhari dan Sara mengaku mereka hanya bersahabat. Namun kawan-kawan juga sesiapa yang berada di sekitar mereka merasakan ada sesuatu yang lebih dari sekadar bersahabat.


Persahabatan : Apa itu persahabatan?

Persahabatan merupakan salah satu keperluan dalam kehidupan setiap insan. Mereka yang tidak mempunyai sahabat akan merasa kesepian dan tiada tempat meluah rasa. Namun bagaimana pula dengan persahabatan yang dijalinkan seperti Saiful dengan Seri atau Azhari dengan Sara yang menimbulkan gossip masyarakat sekitar? Sebelum perbincangan seterusnya, mari kita lihat sebentar makna atau erti sebenar sahabat itu sendiri. Menurut ahli psikologi, sahabat adalah orang yang dipercayai untuk diluahkan isi hati, kegembiraan atau kedukaan. Oleh itu sesiapa yang diyakini mempunyai ciri-ciri itu akan terpilih sebagai sahabat.

Setiap insan di dunia ini memerlukan sahabat atau orang lain dalam kehidupannya. Manusia perlu berkongsi sama dengan orang lain. Berkongsi sama itu sebenarnya pertahanan diri seseorang kerana manusia perlu untuk meluah dan mencurahkan isi hati dan perasaan-perasaan yang terpendam dalam diri kita. Dalam erti kata lain bahawa manusia memerlukan orang lain yang ia pilih dan percaya untuk meluahkan hal-hal peribadi.

Contohnya apabila seorang gadis bersahabat dengan seorang gadis lain, mereka boleh tidur sebantal, berkongsi barang atau saling pinjam meminjam baju atau seumpamanya atau lebih dari itu. Seseungguhnya manusia itu memang memerlukan sahabat dalam kehidupannya. Sekurang-kurangnya terdapat dua keuntungan yang diperolehi melalui persahabatan.

Pertama, untuk merealisasikan mimpi atau visi hidup. Seseorang memerlukan orang lain untuk membincangkan mimpi-mimpi dan permasalahannya. Seseorang itu ingin orang lain mendengar dan tahu keinginannya. Seterusnya berusaha saling bantu-membantu antara satu sama lain.

Kedua, sahabat diperlukan untuk mencari jalan penyelesaian atau jalan keluar bagi sesuatu masalah atau perkara.


Persahabatan itu bermula dengan perkenalan. Setelah itu, jika terdapat kesamaan idea, gagasan, gaya hidup, minat, keperluan, cara berfikir dan harapan maka timbullah rasa saling simpati. Apabila telah wujud rasa simpati maka akan wujud keterbukaan dan ketika ini mereka telah bersedia untuk saling mencurah suara hati.





Persahabatan Jejaka dan Wanita


Sahabat mempunyai kedudukan yang begitu khusus dalam hati seseorang. Apa masalahnya apabila seseorang itu bersahabat dengan lawan jenisnya? Bolehkah kita bersahabat dengan jejaka atau sebaliknya?

Apabila berlaku persahabatan antara lelaki dan wanita sesungguhnya tidak akan ada jaminan ini benar tulus dan murni. Sekurang-kurangnnya pasti ada harapan rasa ingin memiliki. Tidak kira pada si jejaka atau wanita atau kedua-duanya sekali. Mesti ada kemungkinan walaupun pada kadar yang sedikit. Hubungan seumpama ini mempunyai batas atau dinding yang teramat nipis. Terlalu sukar dan rumit umtuk membezakan adakah hubungan ini benar-benar sekadar persahabatan atau sudah mula menjurus kepada saling mencintai yang mengharap kepada wujudnya hubungan hati dan fizikal.

Suatu yang amat sukar dihindari untuk suka yang lebih dari sekadar bersahabat. Maka mulalah si jejaka atau wanita itu mengangan-angankan "kalaulah dia menjadi pendamping dalam hidupku". Ketika ini sesungguhnya "tazyin syaitan" telah berjaya memainkan peranannya. Bisikan indah dari musuh utama (syaitan) telah merempuh masuk ke dalam hati yang telah sedia ada dalam keadaan lemah dan longgar pertahanannya.


Berhentikan Proses Seterusnya!

Oleh itu. Para muslimin dan muslimat yang dikasihi, jika perkenalan kita sudah berubah menjadi simpati segeralah susuli dengan pernikahan jika mahu proses persahabatan berlanjutan. Inilah persahabatan yang ideal. Manakala persahabatan di luar akad pernikahan bukanlah persahabatan ala sahabat (Rasulullah s.a.w.)


Sebagaimana yang terjadi antara Ali dan Fatimah. Setelah pernikahan antara Ali dan Fatimah, maka Fatimah pun berterus terang kepada Ali. "Wahai Ali, sebelum saya bernikah dengan engkau di kota Makkah ini, ada seorang pemuda yang menjadi idola dihatiku. saya sangat inginkan kelak dia menjadi suamiku. Tapi semuanya itu saya simpan di dalam hatiku" kata Fatimah. "Kalau begitu engkau menyesal menikahi saya?" tanya Ali.
"Tidak, kerana pemuda itu adalah engkau." jawab Fatimah.

Oleh itu, di dalam Islam kita dibenarkan menilai dan menyukai pemuda yang soleh namun ia tidak diluahkan dan memadai disimpan di dalam hati.Sesungguhnya cinta itu boleh "menghinggapi sesiapa" sahaja termasuk orang beriman atau para pendakwah. Apabila batas-batas pergaulan dan percampuran lelaki dan perempuan dilanggar, proses persahabatan sebegini akan terus bergulir dan tidak mungkin dihindari. Oleh itu, tidak mustahil jika para pendakwah lelaki dan perempuan juga turut terjebak untuk saling rindu-merindui.


Sudah berlanjur digosipkan

Pengendalian diri ketika percampuran antara lelaki dan perempuan adalah suatu yang abstrak. Kita tidak mampu untuk mengukurnya. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Adakalanya, kita berjauhan dari segi fizikal tetapi hati "berdegup" hebat. Ada juga yang fizikalnya berdekatan tetapi hatinya biasa sahaja. Namun ini bukan bermakna kita dibolehkan bergaul bebas.

Bagaimana pula jika sudah terlanjur digosipkan, daripada fitnah, baik nikah sahaja. Inilah satu kesilapan besar. Ia bukanlah keputusan bijak. Tindakan yang diambil dengan menikahi rakan tersebut akan membenarkan sangkaan dan tohmaan orang selama ini. Tindakan sewajarnya yang mesti diambil adalah segera menghentikan hubungan tersebut. Jauhilah fitnah dengan mengendalikan hati, namun ketika hati tak terkendalikan jauhilah jarak fizikal. Hindarilah perkara-perkara yang mengundang fitnah seperti memberikan hadiah, sering berdua-duaan, sering telefon/sms dan seumpamanya.


Jangan terperangkap

Hati manusia memang mudah berubah. Pagi kata benci petang pula kata rindu. Sesungguhnya hati merupakan bejana yang paling penting. Ia merupakan kunci segala-galanya. Hati mestilah dikendalikan sebaik-baiknya. Manakala pandangan pula titik langkah awal yang amat perlu diawasi kerana dari ‘mata jatuh ke hati’.

Sebagaimana yang berlaku kepada Ibnu Abbas, ketika menunaikan haji tergoda melihat seorang wanita, maka spontan Nabi SAW menegur dan memalingkan pandangannya dari wanita tersebut. Lalu bersabda: 

"Jangan kau ikuti pandangan itu dengan pandangan yang lain."

Ketika inilah peranan iman yang kuat serta aktiviti ‘tazkiyatun nafs’ (penyucian jiwa) perlu dimainkan. Di saat iman sedang merudum, sebaik-baiknya, minimakanlah aktiviti yang melibatkan lawan jenis. Walaupun dalam aktiviti keislaman, yang perlu dijaga adalah diri dan keimanan bukan sekadar jarak sehingga tidak berkomunikasi. Ingatlah jangan sekali-kali ketika mengibarkan bendera kegiatan Islam dalam masa yang sama menjatuhkan Islam.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui kelemahan insan. Lalu Dia telah mengingatkan orang-orang beriman serta umat Islam seluruhnya agar menjaga pandangan dengan firman-Nya:

"Katakanlah kepada orang-orang beriman lelaki, supaya mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatannya. Itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang mereka usahakan. Katakanlah kepada orang-orang beriman perempuan supaya mereka menundukkan pandangan dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang biasa lahir daripadanya…."(An-Nur:31-32)

Mencegah lebih baik dari mengubati. Jagalah batas-batas pergaulan agar tidak terlanjur memendam rasa. Berusahalah membataskan komunikasi dengan urusan-urusan yang penting, jangan sekali mencari alasan dan agenda untuk bertemu. Jangan sekali membuat agenda baru agar dapat berinteraksi kembali. Sesungguhnya jika ini tidak dikawal ia merupakan permulaan tidak berdisiplinnya kita dalam mengamalkan Islam.

tanda ikhlas seorang hamba


Menurut buku kecil karya Abdullah Gymnastiar (Aa Gym) yang pernah ysalma baca,Tanda-tanda ikhlas seorang hamba itu lebih banyaknya sebagai berikut :
  1. Tidak mencari popularitas dan tidak menonjolkan diri. Sehebat apapun ketenaran disisi manusia tiada berarti disisi-Nya tanpa landasan keikhlasan. Jika seorang hamba tidak hati-hati, ketenaran yang dikejar akan membuat diridiperbudak kemashuran dan akan menjadikan diri ujub dan takabur. Popularitas bukan hal terlarang dalam Islam, para rasul, nabi, ulama termasuk orang-orang yang populer.
  2. Tidak rindu pujian dan tidak terkecoh pujian. Pujian hanyalah sangkaan orang kepada kita, yang tahu sebenarnya adalah kita dan Yang Mahatahu. Pujian termasuk ujian dari Sang Khaliq, sehingga sepantasnya seorang hamba merasa malu kepada-Nya secara sudah menutupi aib-aibnya dan tidak diketahui orang lain.
  3. Tidak silau dan cinta jabatan. Seseorang tidak pernah dinilai oleh-Nya karena pangkat dan jabatan, tetapi yang dinilai adalah tanggung jawab terhadap amanah dari jabatannya.
  4. Tidak diperbudak imbalan dan balas budi. Seorang hamba yang ikhlas, rizkinya adalah ketika dia berbuat sesuatu bukan ketika mendapatkan sesuatu.
  5. Tidak mudah kecewa. Manusia hanya memiliki kewajiban menyempurnakan niatnya dan menyempurnakan ikhtiarnya, hasil akhirnya adalah urusan Dia Yang Mahatahu, yang terbaik dan yang terburuk yang diperolehnya, jika tidak sesuai yang diharapkan, mengevaluasi diri serta terus semangat menyempurnakan ikhtiarnya kembali.
  6. Tidak membedakan amal besar dan amal kecil. Dia tidak pernah terkecoh oleh penampilan luar suatu amal.
  7. Tidak fanatis golongan. Jalan untuk mendekat kepada-Nya tidaklah baku dan terpaku hanya kelompoknyalah yang paling benar. Yang harus dibela itu adalah kepentingan yang dirodhoi-Nya dan memuliakan agama Islam.
  8. Ridha dan marahnya bukan karena perasaan pribadi. Seorang yang ikhlas bukan berarti tidak pernah tersinggung atau merasa sakit hati, tetapi sebelum bertindak karena marahnya itu dia punya alasan tepat untuk marah ataupun memaafkan hanya karena Allah.
  9. Ringan, lahap dan nikmat dalam beramal. Istiqamah dalam amal-amalnya sangat terjaga dan stabil.
  10. Tidak Egois. Selalu mementingkan kepentingan bersama. Seorang pemimpin sejati yang ikhlas akan berupaya sekuat tenaga agar yang dipimpinnya berkembang maju lebih baik dan lebih sukses dari dirinya.
  11. Tidak membeda-bedakan pergaulan. Rumah seorang hamba ahli ikhlas, selalu terbuka untuk siapa saja, kapan saja dan dari golongan mana saja, bukan melihat dari banyak dan sedikitnya harta yang bertamu.

Tuesday, April 3, 2012

18 Pada Persahabatan Yang Salih Ada Bekalan


assalamualaik...


saya ingin berkongsi berkaitan ukhuwwah yang saya peroleh daripada laman ini: http://dakwah.info/buku-tarbiyah/18-pada-persahabatan-yang-salih-ada-bekalan/


Ukhuwwah di jalan Allah adalah ni’mat besar dan merupakan bekalan yang melimpah serta sentiasa baru. Allah Subhanahu wa Ta’ala menganugerahkan ni’mat ini kepada orang-orang beriman dan menyeru mereka untuk bersatu; tidak bercerai berai, seperti dalam firmanNya:
dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
(Surah Ali-’Imran: Ayat 103)
Ia merupakan ni’mat yang tidak dapat dibeli dengan wang atau kekayaan dunia, tetapi ia wujud dengan kurniaan dan kekuasaan Allah: Allah SubhanahuwaTa’ala berfirman:
dan (Dia lah) Yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). kalaulah Engkau belanjakan Segala (harta benda) Yang ada di bumi, nescaya Engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Surah Al-Anfal: Ayat 63)
Sesungguhnya ikatan ‘aqidah Islam adalah ikatan yang paling kuat secara mutlaq. Orang-orang yang hidup di bawah naungan cinta dan ukhuwwah kerana Allah merasakan ke-bahagiaan dan ketenangan jiwa yang tidak pernah dirasakan oleh orang-orang berkumpul kerana urusan dunia; per-dagangan, hiburan atau keni’matan dunia lainnya. Ikhwanul Muslimin telah merasakan kebahagiaan tersebut. Lantaran itu salah seorang dari mereka merasa terasing apabila tidak hadir pada majlis mereka atau kerana terpaksa berjauhan dari mereka, hingga sebahagian dari mereka mengungkap sebuah pepatah: “Suasana ukhuwwah Ikhwan bagi setiap anggotanya adalah ibarat air bagi ikan.”
Mengenangkan pentingnya hubungan ukhuwwah kerana Allah bagi gerakan da’wah, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam mempersaudarakan orang-orang Ansar dan orang-orang Muhajirin yang menjadi model teladan dalam hal kecintaan dan ithar(mengutamakan saudaranya lebih dari dirinya)
Sesungguhnya rancangan terbesar yang diseru oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam agar dilaksanakan oleh kaum Muslimin, ialah mengukuhkan ‘aqidah tauhid dan me-negakkan negara Islam, memestikan wujudnya kesepaduan dan ikatan yang kukuh antara anggota jama’ah yang telah menjual diri kepada Allah danberjanji setia untuk membela agamanya, hingga mereka menjadi barisan yang rapi dan kuat seperti bangunan yang tersusun kukuh.
Setelah kami jelaskan kelebihan teman yang salih kami berusaha menjelaskan bagaimana ia menjadi penyokong dan bekalan di sepanjang jalan da’wah.
Seseorang Muslim yang berkecimpung di medan da’wah tidak merentasi jalan yang aman tanpa sebarang gangguan, ia akan menghadapi tentangan, fitnah dan syaitan dari jenis jin juga manusia yang selalu mengintainya. Ketika itu ia amat memerlukan orang yang dapat membimbingnya, menuntunnya, menerangi jalannya, dan mengingatkannya ketika ia lupa serta membantunya ketika ia ingat. Maha Benar Allah Yang berfirman:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -Kecuali orang-orang yang beriman dan ber’amal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Surah Al- ‘Asr: Ayat 1-3)
Ada ketikanya penbadi muslim menghadapi masa-masa futur, kelalaian, atau tertarik dengan pujukan-rayu syaitan. Jika ia bersendirian, keadaan seperti itu akan terus berlanjutan, hingga mungkin ia akan hilang dari “pentas da’wah.” Sesungguhnya serigala itu hanya membaham kambing yang terpisah dari rombongannya. Sebaliknya, bila ia mempunyai sahabat-sahabat yang salih, maka mereka tidak akan membiarkannya sendirian dalam menghadapi syaitan; bila mereka tidak melihatnya di medan ‘amal kebajikan, maka mereka akan mencarinya, mengajaknya, mengingatkannya, dan membantunya untuk mengalahkan jeratan syaitan. Ini merupakan bekalan yang amat baik dalam perjalanan da’wah.
Sesungguhnya sahabat yang salih itu jika kita memandang-nya dapat mengingatkan kita pada Allah dan taat kepadaNya. Sebaliknya, melihat sahabat yang jahat dapat mengingatkan kita pada kemaksiatan dan perbuatan-perbuatan murka. Benarlah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam yangbersabda:
Sahabat yang salih itu ibarat penjual minyak wangi, bila engkau tidak mendapat minyak wangi darinya, maka engkau mendapatkan bau harumnya. Dan sahabat yang jahat itu ibarat tukang besi, bila engkau tidak terkena percikan apinya, maka engkau akan terkena asapnya.
(Hadith riwayat Abu Daud)
Seorang itu merasa ramai dan bererti bila bersama saudara-saudaranya; bila bersendirian, ia merasa bahawa dirinya tidak berharga, tetapi bila bersama saudaranya, maka merasa memiliki peranan yang penting.
Bila pendokong kejahatan yang suka merompak harta dan mencabul kehormatan manusia mereka itu bersatu padu dan mengangkat seorang pimpinan untuk ditaati, maka pendokong kebenaran dan para penda’wah seharusnya lebih bersatu dan memperkuatkan ikatan sesama mereka. Ini kerana orang mu’min itu adalah bersatu dengan mu’min yang lain, ibarat bangunan yang sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain. Seperti yang diisyaratkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam. Tidak mungkin ada sebuah jama’ah yang mampu melaksanakan projek besar dan mewujudkan tujuan bila tidak ada ikatan kecintaan di antara sesama anggotanya.
Orang mu’min itu adalah cerminbagi saudaranya. Setiap orang mesti memiliki kekurangan dan kecacatan, namun ramai di kalangan mereka yang tidak menyedari kekurangan dan ‘aibnya itu. Justeru, ia sangat memerlukan orang yang me-nunjukkan ‘aibnya dan membantunya untuk memperbaiki serta menghilangkan ‘aib tersebut. Tidak ada yang mampu me­laksanakan tugas itu, kecuali sahabat atau saudara yang mencintainya kerana Allah, tulus dalam persahabatan, lembut dalam pergaulan, bijak dalam memberikan nasihat, dan menunjukkan kekurangan. Ini juga merupakan sebaik-baik bekalan dalam perjalanan.
Dalam perkara memberi nasihat, ada baiknya kami paparkan sebahagian adab-adabnya, agar dapat dilakukan dengan bijaksana, nasihat yang baik serta berdebat dengan cara yang lebih baik, sesuai dengan firman Allah:
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan nikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik
(Surah Al-Nahl: Ayat 125)
Seorang Al-Salaf Al-Salih pernah menyatakan: “Berikanlah nasihat dengan cara sebaik mungkin dan terimalah nasihat dalam bentuk apapun. Siapa yang menasihati saudaranya dengan secara sembunyi, bererti ia akan benar-benar me-nasihatinya, dan siapa yang menasihatinya dengan cara terang-terangan (di tengah orang ramai), maka bererti ia telah memalukannya.”
Sahabat yang salih dapat melipat-gandakan kemampuan dan potensi seseorang; ketika ia memikirkan suatu urusan, seolah-olah ia berfikir dengan menggunakan pemikiran saudara-saudaranya, sebab ia meminta pertimbangan dari mereka. Apabila ia melakukan suatu kerja, maka seluruh saudaranya sedia membantunya dengan seluruh kekuatan dan pengalaman yang mereka miliki.
Sahabat yang salih dapat menambahkan kebahagiaan seseorang, kerana mereka turut serta dengan kegembiraannya dan berusaha meringankan kesusahan dan kepedihannya; bila tertimpa musibah, maka mereka membantunya dengan harta dan tenaga mereka, serta menguatkannya agar bersabar dalam menghadapi cobaan dan tidak menyerah pada kesedihan. Ini merupakan sebaik-baik bekalan.
Kelihatan para penda’wah itu bergerak bukan hanya berbekalkan kekuatan hatinya sendiri, akan tetapi didukung bersama oleh kekuatan hati saudara-saudaranya, hingga ia dibantu untuk mengetahui jalan untuk melakukan ketaatan, teguh, dan mengatasi semua halangan. Ini bukan hanya sekadar bekalan, bahkan bekalan yang berlipat ganda.
Allah Subhanahu wa Ta’ala menyeru kita agar selalu tolong-menolong dalam kebaikan dan ketaqwaaan. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan
(Surah Al-Ma’idah: Ayat 2)
Jelas arahan ini ditujukan kepada kaum Muslimin yang bersatu, bukan pada individu yang bercerai-berai. Justeru, persahabatan dan persaudaraan yang baik adalah wajib dan menjadi kemestian agar wujudnya kerjasama yang diperintahkan dalam ayat di atas.
Alangkah indahnya persaudaraan yang terjadi di sebuah kampung atau sebuah daerah; mereka saling tolong menolong dalam berbagai kebaikan dan keta’atan, terutama dalam kebaikan yang banyak dilupakan oleh kaum Muslimin saat ini, misalnya; qiyamullail, salat berjama’ah di masjid, terutama salat Subuh dan ‘Isya’, menghadiri majlis-majlis Al-Qur’an, majlis ilmu dan majlis zikir, mengikuti rombongan da’wah yang menyeru ke jalan Ilahi, dan membantu orang-orang fakir serta yang memerlukannya.
Alangkah besar faedah persahabatan yang baik, terutama pada saat seseorang menghadapi tribulasi, kesulitan, dan tekanan kuat agar ia berpaling dari jalan da’wah atau agar ia menyimpang dari jalan yang lurus, yang diperintahkan oleh Allah. Dengan demikian, nampak jelaslah kepentingan persahabatan yang baik dalam menjaga dan memelihara para penda’wah dari tergelincir, terbantut, penyimpangan, atau terpengaruh dengan rayuan mahupun ancaman dari musuh-musuh Allah serta usaha-usaha jahat mereka untuk memisahkan aktivis Islam daribarisannya. Hal itu dapatkamirasakanketikabadai ujian menerpa Ikhwanul Muslimin. Ini hanya sebahagian dari barakah dan manfaat jama’ah dan ukhuwwah yang tulus kerana Allah.
Alangkah besarnya bekalan rohani yang diperolehi oleh seseorang dari persahabatan yang baik, saat saudara-saudaranya mendo’akan kebaikan untuknya dari jarak jauh, kerana do’a seperti itu termasuk salah satu do’a yang dikabulkan, sebagaimana yang telah diberitakan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihiwasallam.
Alangkah besarnya bekal yang diraih oleh seorang Muslim dari persahabatan yang baik, saling mencintai kerana Allah, sebab kecintaan dan pengampunan Allah tercurah untuk mereka. la juga akan mendapat pahala yang besar ketika melaksanakan ukhuwwah sesama saudara-saudaranya; saling memandang dengan cinta kerana Allah, saling berjabat tangan, saling tersenyum ketika bertemu, saling berkunjung, saling menasihati dan mengingatkan pada kebenaran, dan sebagainya. Hadith-hadith yang menjelaskan hal itu amat banyak, antara lain hadith tujuh golongan yang akan mendapat naungan dari Allah pada hari tidak ada naungan kecuali naunganNya; di antara tujuh golongan itu adalah:
Dua orang yang saling mencintai kerana Allah; berkumpul kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radiyallahu ‘anhu, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam baginda bersabda:
Ada seseorang yang mengunjungi saudaranya di luar kampungnya, lalu Allah mengutus malaikat untuk menyiasat halnya dalam perjalanannya Malaikat bertanya kepadanya; “Hendak ke manakah anda?” la menjawab: “Saya ingin mengunjungi saudara saya di kampung itu?” Malaikat bertanya lagi: “Apakah ada sesuatu ni’mat dunia (hutang) yang ingin engkau dapatkan?” la menjawab: “Tidak, tapi saya mencintainya kerana Allah.” Malaikat berkata: “Sesungguhnya saya adalah utusan Allah (untuk menyampaikan berita) bahawa Allah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu keranaNya “
(Hadith riwayat Muslim)
Muslim meriwayatkan dalam kitab “Al-Zikr”, bahawa, pada suatu hari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam, keluar dari rumah dan bertemu dengan sahabat yang sedang berkumpul, lantas berkata:
“Untuk apa kamu duduk bersama-sama?” Mereka menjawab: “Kami duduk untuk berzikir kepada Allah dan memujinya atas ni’mat Islam yang diberikan kepada kami dan membimbing kami kepadanya.”Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Demi Allah, hanya itukah tujuan kamu duduk duduk bersama?” Mereka menjawab: “Demi Allah, tiada yang menyebabkan kami duduk kecuali sebab itu.” Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Aku tidak menyuruhmu bersumpah kerana curiga kepadamu, akan tetapi Jibril telah datang kepadaku dan memberi khabar bahawa Allah membangga-banggakan kamu dikalangan malaikat.”
Lantaran pentingnya persahabatan yang baik dan pengaruhnya yang baik bagi Islam dan kaum Muslimin, maka Islam sangat prihatin terhadap perkara berkenaan, menjaganya dari segala perkara yang dapat mengganggu persatuan dan keutuhannya, serta mengharamkan segala perkara yang dapat menimbulkan kebencian, permusuhan, dan pertikaian antara kaum muslimin, misalnya; penipuan, pengkhianatan, menjual dengan cara menipu, riba, minuman keras, judi, iri hati, saling membenci, menghina, berburuk sangka, mengintip-intip, memutus hubungan, dan sebagainya, seperti hadith Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam yang berikut:
Janganlah kamu saling memutuskan hubungan, jangan saling berpaling muka, jangan saling membenci, danjadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim tidak boleh berpaling dari saudaranya lebih dari tiga hari.
(Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
Di samping itu Allah juga menunjukkan cara terbaik untuk menghilangkan atau menyelesaikan perselisihan yang terjadi di kalangan kaum Muslimin. Kaum mu’min wajib turut serta berusaha mendamaikan dua saudaranya yang sedangberbalah:
Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya
(Surah Al-Hujurat: Ayat 9)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
(Surah Al-Hujurat: Ayat 10)
Persaudaraan dan persahabatan yang baik melahirkan persatuan dan perpaduan, kekuatan dan kebaikan bagi Islam dan kaum Muslimin. Apabila berpecah dan perselisihan terjadi, maka kegagalan, kelemahan, dan bahaya akan tercetus.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
(Surah Al-Anfal: Ayat 46)
Syaitan dan musuh musuh Allah sangat murka melihat kesatuan dan kerjasama antara kaum Muslimin. Justeru itu, mereka berusaha sekuat tenaga menimbulkan perpecahan di tengah-tengah kaum Muslimin. Syaitan dan musuh-musuh Allah sangat benci kepada persatuan dan kerjasama di antara kaum Muslimin. Justeru, kita harus berwaspada dan jangan memberi kesempatan pada mereka untuk mewujudkan hal itu. Jangan sampai kita marah kerana kepentingan peribadi dan jangan mengatakan hal-hal yang menyakiti saudara kita, untuk memenuhi seruan Allah.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mu’min dan yang menentang); sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia
(Surah Al-Isra’: Ayat 53)
Alangkah bahagianya kita mendapat ni’mat Islam dan ni’mat persaudaraan kerana Allah. Alangkah tepatnya kalau kita memelihara ni’mat-ni’mat tersebut sekuat tenaga dan dengan cara dan jalan yang kita sanggup.
Wahai saudaraku, sewajarnya anda mempunyai sahabat yang salih, sebab ianya merupakan sebaik-baik pembantu dan bekal dalam perjalanan da’wah!